Saturday 18 June 2011

Poster Biografi Muhammad Rasulullah SAW


Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

2 comments:

  1. SAYA BISA pesan email ke anda melalui email yang mana selain email ini : captroslan6666@yahoo.com ?

    ReplyDelete
  2. salam capt roslan,

    saya safrizan (kalau ingat lagi). tiap kali saya jumpa tuan (dimasjid bangi), pasti saya akan beli paling kurang 3 poster & slalunya 1 set... setakat ini Alhamdulillah, kawan2 saya suka...kalau dia tak beli dari saya pon, dia akan berminat nk tengok...setakat ini pon kebanyakan yg saya beli, telah saya sedekahkan kepada ahli keluarga, dan tampal dirumah...

    saya follow blog tuan, sila follow blog saya juga...terima kasih...

    Blog: Sampaikan dariku walau satu ayat

    ReplyDelete